Kehangatan temasya Sukan Asia Indonesia 2018 makin membara dengan keghairahan kutipan pingat emas daripada setiap negara yang bertanding dengan kini China ungguli kedudukan teratas.
Rasa tidak lengkap sebenarnya jika kita hanya berbicara mengenai pencapaian atlet-atlet negara yang beraksi tatkala saya percaya rakan setugas Astro Arena baik di Jakarta atau Palambang turut sama berhempas pulas demi laporan terkini untuk peminat sukan negara di Malaysia.
Walaupun penulis tidak ke Indonesia dan hanya melaporkan dari Malaysia sahaja bersama-sama dua lagi wartawan lain, namun keterujaan rakan media yang berada di sana turut kami rasai di sini.
Malaysia ketika ini berjaya mengutip 1 pingat emas, 3 perak dan 1 gangsa. Ahmed Shahrazad Sani dan Adam Zamri yang berada di Palembang mendapat pengiktirafan untuk merasai kejayaan itu terlebih dahulu bersama trio tenpin bowling negara, Syaidatul Afifah, Siti Safiyah dan Esther Cheah untuk berkongsi kepada para penonton.
Enam lagi pingat emas ingin diburu bagi merealisasikan sasaran 7 pingat emas yang telah ditetapkan untuk kontinjen negara.
Siapakah wartawan yang bertuah dapat merasai pingat emas seterusnya pula selepas acara tenpin bowling jelma emas sulung untuk Malaysia?
Detik itulah yang sering dinantikan oleh warga media Astro Arena sekiranya harungi sesuatu temasya besar.
Perasan sewaktu menanti detik atlet beraksi sebelum menang sangat berharga untuk dikenang dan saya percaya setiap daripada kami punya kenangan tersendiri sewaktu membuat liputan bersama kontinjen negara.
Penulis ingin ucapkan selamat berjuang bukan sahaja kepada para atlet tetapi kepada seluruh warga Astro Arena yang kini turut sama berjuang memberi liputan terkini buat penonton.
Teruskan menonton Astro Arena sepanjang temasya Sukan Asia Indonesia berlangsung !