Badi pemain perseorangan wanita negara, Soniia Cheah, berterusan apabila sekali lagi tersingkir seawal pusingan pertama dalam Kejohanan Badminton Terbuka New Zealand, baru-baru ini.
Sejak saingan Masters Malaysia awal Januari lalu, Soniia terkandas seawal pusingan pertama, sehingga Kejohanan Terbuka New Zealand yang berlangsung tempoh hari, turut disingkirkan wakil Amerika Syarikat, Zheng Beiwen dengan kemenangan straight set 23-21, 21-15.
Jika dilihat pada undian, Soniia sering berhadapan dengan kelompok atasan dunia seperti wakil dari Thailand, Ratchanok Intanon, dan Yeo Jia Min, dari Singapura, yang boleh dikatakan antara faktor menjurus kepada kegagalannya.
"Sejak akhir-akhir ini, prestasi saya tidak begitu baik, jadi saya berharap sangat dapat memperbaikinya dalam kejohanan akan datang."
Pemain berusia 26 tahun itu mengakui tahap keyakinannya kini semakin merudum dan ia juga menjadi faktor utama dia tersingkir seawal pusingan pertama sejak awal musim ini.
Dengan Soniia kini berada dalam keadaan terdesak setelah mempunyai rekod enam kekalahan seawal pusingan pertama setakat ini, dia perlu mencipta keajaiban dalam Piala Sudirman yang bakal berlangsung pada 19 Mei nanti bagi menempah slot ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, apatah lagi dia sudah terlepas mata pertama di New Zealand.
Selain itu, pemenang pingat perak perseorangan wanita Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 itu perlu menggandakan usahanya bagi memperbaiki ranking yang berada di tangga ke-34 dunia -- kedudukan yang akan menyukarkan undian buatnya berdepan pemain kelompok atasan seawal pusingan pertama mana-mana kejohanan yang disertainya.