Skip to main content

Rencana

Apa cerita Porsche, Azmeer Yusof dan Sumareh?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

safawi-porsche.jpg
Baru-baru ini tular di laman sosial tentang bintang JDT, Safawi Rasid yang bergambar bersama kereta terbarunya yang berjenama Porsche. Secara tidak langsung, ramai lah netizen yang kebanyakkannya mengecam tindakan Safawi tersebut. Tidak kurang juga, ada yang positif memberikan komen.

Apa masalah korang semua ni ye? 

Memang tak boleh tengok orang lain senang ye?

Pendapat peribadi Dayang, biarlah Safawi nak buat apa pun, dia berkemampuan. Selaku pemain profesional yang turut dikelilingi orang-orang hebat, Dayang percaya Safawi mesti sudah membuat timbang tara, bertanya pendapat sebelum membuat apa-apa keputusan. Tambahan pula, ini bukan kereta pertama Safawi, beliau pasti sudah memiliki kenderaan lain sebelum ini, cuma mungkin jenama eropah ini merupakan salah satu kereta impiannya. 

Banyak juga pihak yang memberikan pesanan positif bahawa Safawi dengan usia muda tak patut berbelanja terlalu mewah, sepatutnya lebihkan kepada aset hartanah dan sebagainya. Dayang percaya, dengan kemampuannya buat masa sekarang, Safawi pasti sudah memiliki aset hartanah sendiri tetapi tak perlulah didedahkan kepada umum, nanti orang kata nak menunjuk pula.

Disebalik isu kereta Porche Safawi, tular pula satu cerita dari pemain Kedah, Azmeer Yusof yang berkongsi pengalaman hitamnya sewaktu di zaman kegemilangan. Dayang percaya perkongsian tersebut tiada kena mengena dengan Safawi, bahkan ianya lebih kepada ingatan mesra seorang pemain senior kepada pemain-pemain junior. Tambahan pula, ramai bekas-bekas pemain yang melalui kesukaran hidup selepas berhenti bermain kerana tiada simpanan yang kukuh. Jadi tidak salah andai Azmeer berkongsi pengalamannya kan. Azmeer sendiri dikenali dengan personaliti merendah diri dan sentiasa melakukan kerja amal.





Selain dari itu, Mohamadou Sumareh pula "mengusik" Safawi dengan gambarnya bersama kereta mewah Mercedes, namun apa yang lebih menarik, komen dari Tengku Mahkota Johor, Tengku Ismail Sultan Ibrahim yang seolah-olah memberi "hint" kepada masa depan Sumareh.

Adakah beliau akan ke JDT? atau itu sekadar gurauan semata-mata?

Apa pun,  Dayang mengambil semua berita dan gosip bola sepak tanah air sebagai sesuatu yang positif. Sekurang-kurangnya berita sebegini membantu merancakkan semula suasana bola sepak negara selepas lama bercuti akibat covid-19.

Liga-liga utama Eropah ada yang sudah bermula, ada yang akan bermula, Liga Malaysia bagaimana? dengar kata nak ambil pendekatan seperti K-League kerana kosnya lebih murah. 

Tapi paling menyedihkan tentu Liga Futsal (MPFL) yang terpaksa dihentikan dan hanya akan bersambung tahun hadapan 2021.

Advertisement

Must Watch Video