Skip to main content

Rencana

Alonso bakal kembali ke EPL

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

xabi-alonso-2018-scaled.jpg
Membintangi skuad Liverpool sewaktu mempamer kebangkitan daripada ketinggalan 3-0 untuk menewaskan AC Milan dalam final Liga Juara-Juara Eropah pada 2005, nama Xabi Alonso pasti diingati peminat The Reds.

Dia mencipta gandingan mantap di barisan tengah bersama legenda Anfield, Steven Gerrard, sebelum berhijrah ke Real Madrid dan bersara di Bayern Munich, di mana dia beraksi di bawah bimbingan Pep Guardiola.

Di Allianz Arena, Alonso sempat menikmati tiga kejuaraan Bundesliga, satu Piala Jerman dan satu Piala Super Jerman.

Kini, terbit laporan mengatakan individu yang memegang jawatan pengendali Real Sociedad B ketika ini bakal kembali ke kancah Liga Perdana Inggeris.

Ironinya, tatkala dia dijangka kembali ke Anfield satu hari nanti, situasi sebaliknya berlaku apabila Guardiola dilaporkan sedang mempertimbangkan nama Alonso selaku pembantu jurulatih Manchester City bagi menggantikn Mikel Arteta yang memilih untuk menguruskan Arsenal.

Seperti yang dilaporkan wartawan dari Great Britain, Jeorge Bird, dalam MailOnline, Guardiola kini giat mencari pengganti Arteta sebelum musim panas akan datang selepas bekas pembantunya itu pulang ke Emirates.

Alonso sememangnya memiliki hubungan yang baik dengan Guardiola dan dia sendiri mengakui berhijrah ke Bayern daripada Real Madrid pada 2014 kerana mahu menerima sentuhan pengurus itu.

Malah, menghangatkan lagi spekulasi untuk dia ke City, Alonso telah hadir ke pusat latihan City untuk mengetahui corak kejurulatihan kelab itu.

Justeru, tidak hairan jika Guardiola benar-benar mahukan Alonso selaku pembantunya yang baru berdasarkan perkongsian yang diberikan sebelum ini selepas memanggil rakan karibnya, Arteta, sewaktu mula-mula tiba di City dulu.
 

Advertisement

Must Watch Video