Bekas penyerang hoki negara, Faizal Saari, sudah merancang masa depan - kurang seminggu selepas digugurkan skuad kebangsaan.
Penggempur berusia 29 tahun ini menyertai klinik hoki di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan wajah ceria di sebalik rasa kecewa terpaksa meninggalkan The Malaysian Hockey Tigers.
"Saya suka dengan kerja ini, tiada tekanan. Saya gembira dapat berkongsi ilmu dengan kanak-kanak dan remaja Malaysia.
"Mereka nampak bersungguh-sungguh dan menghargai saya," katanya.
Apa yang lebih menggembirakan, Faizal sudah menerima beberapa undangan di sekolah sekitar Semenanjung Malaysia untuk berkongsi ilmu.
Sambutannya hangat!
"Saya sudah berbincang dengan beberapa individu, mungkin akan buka akademi dalam masa terdekat. Sekurang-kurangnya ada pendapatan sementara menunggu panggilan skuad kebangsaan," katanya.
Apabila ditanya mengenai reaksi pegawai Konfederasi Hoki Malaysia selepas digugurkan, Faizal nyata kecewa: "Tiada seorangpun yang menghubungi saya....sekurang-kurangnya untuk mengucapkan terima kasih selepas 11 tahun mewakili negara.
"Saya rasa seperti tidak dihargai. Adakah kami patut dilayan seperti ini?"
Faizal mula mewakili negara sejak 2009 dengan mengumpul 247 kap.
Dia antara penyerang terbaik negara apabila meledak 170 gol.
Penyerang Terengganu Hockey Team ini kekal dengan pendirian tidak akan kembali ke pangkuan Malaysia selagi Roelant Oltmans bertindak sebagai jurulatih.
Malaysia akan menghadapi Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, Perak, April depan dengan sasaran layak ke final.
Jika berjaya, Roelant dijangka terus kekal dengan kontrak akan tamat Oktober depan.
Jika gagal, adakah KHM akan mencari pengendali lain sekali gus buka laluan untuk Faizal dan empat lagi pemain kembali ke pangkuan skuad negara?