Skip to main content

Rencana

AJFC 2018: Jerman tak mengecewakan

ins1.jpg
Cuaca baik mengiringi 58 peserta dari 24 negara, dalam mengharungi sesi pertama latihan bersama 5 jurulatih pasukan remaja bolasepak Bayern Munich bertempat di Sabener Strase. Sesi latihan berjalan lancar dan perbezaan bahasa tidak langsung menjadi masalah dalam sesi tersebut.
 
Para peserta kelihatan bersemangat apatah lagi membayangkan akan bertemu lagenda bolasepak Oliver Kahn dan menyaksikan aksi Bayern Munich di sebelah malamnya.
 
Setelah berakhir latihan di padang,peserta-peserta bersiap sedia dan berangkat menaiki bas dua tingkat bertulisan Jerman di luarnya dimana penulis juga tidak pasti akan maksudnya.Apa yang penting semangat dibawa itu menuju ke stadium terkemuka dunia iaitu Allianz Arena.
 
Di saat pertama kali mata terpandang akan sebuah binaan yang membuatkan kepala terdongak akan saiz dan ketinggiannya, penulis pasti semuapun merasakan sama dan berkata dalam hati, “Besarnya.Cantiknya Allianz Arena”.
 
Kami dibawa ke sekitar stadium dan menyaksikan fasiliti tersedia. Degup jantung semakin laju apabila tiba saat peserta-peserta di bawa ke padang untuk melalui sesi cubaan sepakan penalti yang disaksikan oleh Oliver Kahn,pemain kebangsaan Jerman dan beraksi 14 tahun buat Bayern Munich.
 
Sempat beliau memberi kata-kata semangat dan beberapa nasihat kepada anak muda yang sedang ghairah mencapai matlamat dalam bolasepak ini.
 
Hari yang indah diteruskan dengan menonton perlawanan ‘tanda perpisahan’ Bastian Schweinsteiger dan Bayern Munich,iaitu perlawanan persahabatan antara Chicago Fire(pasukan Bastian kini) dan Bayern Munich.Rata-rata yang datang memenuhi stadium adalah penyokong tegar Bastian sehinggakan beliau menitiskan airmata dihujung acara akibat terharu dengan kasih dan sokongan peminat beliau.Penulis turut terkesan!
 
Kemenangan 4-0 Bayern ke atas Chicago Fire juga menamatkan aktiviti seharian kami.Penulis katakan hari yang penuh bunga.Semuanya membuatkan hati mekar dengan pengalaman-pengalaman baru.Apa yang boleh dikatakan,Jerman tidak mengecewakan.
 
 

Advertisement

Must Watch Video