Skip to main content

Rencana

AJFC 2018: Jerman aku datang

ins2.jpg
Pentas final bagi Kem Bolasepak Remaja Allianz telah pun berakhir.Dua orang peserta dari Malaysia Daniel Phoon Chun Tuck dan Kumaran Raman dibawa terbang ke Munich,Jerman bagi mengikuti program khas selama lebih kurang satu minggu.
 
Daniel dan Kumaran adalah dua orang yang terpilih menerusi pemilihan di Kem Asia lalu, bertempat di Bangkok,Thailand.
 
Kedua-duanya berusia 16 tahun dan berpeluang berada dalam kelompok 58 peserta terbaik seluruh dunia.
 
Penerbangan yang memerlukan satu kali pertukaran itu mengambil masa keseluruhan selama 18 jam dimana penerbangan melibatkan penerbangan Malaysia-London,London-Jerman.
 
Setibanya di Jerman, mereka ditempatkan di Hotel Limmerhorf di mana itulah yang menjadi penempatan mereka selama 5 malam.
 
Tidak ada sebarang latihan di padang memandangkan faktor keletihan melalui perjalanan panjang oleh kebanyakan peserta. Mereka hanya berkumpul dan melalui sesi suai kenal atau dikenali sebagai ‘ice breaking’.
 
Latihan dan perjalanan sebenar akan bermula esok hari.Intan akan kongsikan apa yang dilalui mereka pada siri akan datang.Tungguuuu...
 
 

Advertisement

Must Watch Video