Skip to main content

Rencana

Air mata Messi

maradona-calls-on-messi-to-continue-with-argentina.jpg

“Bagi saya, bermain di peringkat antarabangsa bukan lagi untuk saya. Ini sudah kali keempat. Saya sudah cuba sebaiknya, saya sangat mahukan kemenangan, tapi gagal.Jadi saya rasa semua sudah berakhir.” 

Lionel Messi, pemain yang dinobatkan oleh ramai sebagai Pemain bola sepak terbaik di dunia, dan mungkin sepanjang zaman telah mengumumkan persaraan beliau dari bermain di peringkat antarabangsa bersama negara kelahiran beliau, Argentina.

Selepas tewas dengan Chile di saingan Copa America 2016, Lionel Messi, 29 tahun mengejutkan dunia bola sepak apabila mengumumkan dia tidak akan lagi bermain untuk Argentina.

Kekalahan kepada Chile merupakan kekalahan keempat Argentina di pentas akhir di pertandingan peringkat antarabangsa  termasuk Copa America (2015, juga kepada Chile) dan juga di Piala Dunia 2014 di tangan Jerman.

Selain gagal membawa kejuaraan atau trofi kepada Argentina, antara punca Lionel Messi menarik diri dari pentas antarabangsa adalah kerana kurangnya sokongan dari penyokong Argentina sendiri.

Sukar untuk menerima, ada segelintir peminat bola sepak Argentina tidak gemar akan penyerang Barcelona ini. Mereka mengatakan Messi tidak memberi sepenuhnya kepada pasukan kebangsaan, dan tidak bermain sebaiknketika beraksi buat Barcelona.

Messi juga dikritik, dikutuk antaranya, “Messi tidak sama dengan Maradona” atau “Messi perlu dibayar dengan wang Euro untuk bermain baik bersama Argentina.”

Tohmahan ini bagaimanapun dikatakan tidak adil bagi Messi, terutamanya apabila dibandingkan dengan Barcelona.

Barcelona mempunyai pemain bertaraf dunia di semua posisi, seperti Andres Iniesta dan Luis Suarez sementara Argentina, walaupun mempunyai pemain yang hebat, mungkin tidak sama tahap dengan pemain dari Barcelona.

Empat kali tewas di peringkat akhir dalam masa 9 tahun, Lionel Messi sendiri mengatakan dia sudah mencuba, tapi menemui kegagalan.

Tangisan Messi selepas tewasnya Argentina ke atas Chile, termasuk gagal menjarinkgan penalti, membuktikan bahawa betapa kecewanya dengan kegagalan di peringkat akhir buat kesekian kalinya.

Keputusan Messi untuk bersara di peringkat antarabangsa juga mencetuskan ramai lagi pemain lain seperti Sergio Aguero dan Angel Di Maria untuk turut bersara dari pasukan kebangsaan.

Mula bermain bersama Argentina semenjak 2005 dan menjadi ketua pasukan semenjak tahun 2011, ketiadaan Messi di peringkat antarabangsa ternyata akan menjadi kerugian besar bagi semua peminat bola sepak dan terutama sekali, Argentina.

Advertisement

Must Watch Video