Sebagai pemain di Singapura, namanya tidak segah abangnya iaitu Aide Iskandar Sahak yang pernah menjadi kapten republik itu ketika mereka muncul juara Piala AFF Suzuki 2004 buat kali pertama.
Namun sebagai jurulatih, Aidil Sharin Sahak tampak mempunyai karier lebih cemerlang dengan kejayaan terbaru adalah kejayan menjulang kejuaraan Piala FA bersama Kedah, apabila menumpaskan Perak 1-0 di final, Sabtu lalu.
Sebelum ini, penulis pernah membuat artikel mengenai potensi yang dimiliki pengendali berusia 42 tahun ini dan ternyata dia sudah membuktikannya pada musim pertama bersama Kedah dan di Liga Malaysia.
Aidil sebelum ini pernah mula mencipta reputasinya dalam saigan Piala AFC apabila muncul naib juara Zon Asean pada 2017 dan juara pada 2018 bersama Home United.
Di bawah kendalian Aidil, Home turut muncul naib juara Liga Perdana Singapura untuk musim 2018.
Walaupun membina reputasi hebat di Singapura, penulis memuji keberanian Aidil untuk mengembara ke luar negara dalam usaha mencari nafas baru dalam karier kejurulatihannya.
Difahamkan Aidil turut mendapat tawaran daripada sebuah kelab utama di saingan Liga Satu Indonesia namun, atas nasihat bekas jurulatih Singapura, V. Sundramoorthy yang juga bekas awang import Lang Merah, Kedah menjadi pilihannya.
Aidil ke Kedah dalam waktu pasukan itu sedang melalui fasa perubahan pemain selepas Syazwan Zainon, Halim Saari serta Akhyar Rashid memilih untuk berhijrah mencari haluan baru selain turut berhijrah ialah bintang import,Liridon Krasniqi.
Kesukaran itu tidak menjadi penghalang buat Aidil untuk terus membentuk skuad Kedah yang ampuh dan turut memberi peluang kepada beberapa pemain muda seperti Fadzrul Danel Mohd Nizam dan Mohd Fayyadh Mohd Zulkifli.
Aidil tampak masih menekan corak permainan tersusun dan menyerang, pendekatan sama yang digunakannya ketika bersama Home United sebelum ini.
Sememangnya bukan mudah buat Aidil membentuk skuad Kedah yang ampuh, apatah lagi saingan Liga Super jelas jauh lebih kompetitif dan mencabar daripada Liga Perdana Singapura.
Namun, kesediaan Aidil untuk keluar daripada zon selesa membuatkan dia berjaya dan penulis percaya, pengalaman musim pertama dengan Kedah akan terus mematangkannya lagi.
Penulis berharap, pengendali-pengendali muda tempatan sepeti Nafuzi Zain dan Nidzam Jamil mampu mencontohi Aidil dan berhijrah keluar daripada Liga M jika mendapat peluang di masa depan.
Cukup jika sekadar ke liga negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Vietnam mahupun Myanmar kerana, pengalaman mengendali kelab di liga tersebut pasti akan membantu membentuk keyakinan seorang jurulatih.
Di kalangan jurulatih terkini Liga M, bekas Jurulatih Terengganu FC Irfan Bakti Abu Salim adalah yang terakhir mengendalikan kelab di luar Malaysia 2007 bersama Persipura Jayapura di Indonesia.
Penulis ingin mengucapkan tahniah sekali lagi buat Aidil semoga kelibatnya dalam kancah bola sepak Malaysia akan terus meningkatkan saingan kompetitif liga domestik kita selepas ini.