Skip to main content

Advertisement

Rencana

AGM KOM: Siapa pencabar?

karim-ibrahim-kom.jpg
Olahraga sentiasa menawarkan berita menarik untuk dilaporkan.

Sama ada mengenai Khairul Hafiz Jantan, Lee Hup Wei, Jackie Wong, Muhammad Irfan Shamsuddin atau Zaidatul Husniah Zulkifli.

Realitinya, ibu segala sukan bertaraf Olimpik ini mempunyai ramai pengikut bermusim dan mereka pasti akan muncul apabila atlet negara yang berjaya raih kejayaan di peringkat antarabangsa.

Tempias turut dirasai pegawai Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).

Walaupun tidak popular seperti Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), namun setiap keputusan akan menentukan adakah Khairul Hafiz akan pecah rekod kebangsaan, 10.18 saat, atau Hup Wei melepasi had kelayakan Kejohanan Dunia 2019, 2.30 meter.

Cabaran pegawai KOM lebih hebat kerana olahraga membabitkan sukan individu yang perlukan lebih penelitian dalam setiap program latihan dan kejohanan disertai.

Soalnya, adakah KOM diterajui individu yang tepat?

Datuk Karim Ibrahim yang menang jawatan Presiden KOM sejak 2014 akan terus menerajui badan induk ini atau ada pencabar?

Ada individu berhajat, mula bertanyakan mengenai suasana dalaman KOM.

Adakah ahli gabungan gembira dengan prestasi atlet kebangsaan? Adakah atlet negara akan layak secara merit ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 atau mengharapkan ihsan tiket 'wild card'?

Khabarnya ada pihak sudah bersiap-sedia untuk mengeluarkan beberapa bukti kontroversi selepas tarikh tutup pencalonan 17 Jun ini. 

Saya harap ia tidak bersifat peribadi kerana sepanjang pengalaman, pegawai KOM pernah menerima peluru hidup sebagai amaran menarik diri AGM.

Moga AGM KOM, 30 Jun ini berjalan lancar!
 

Advertisement

Must Watch Video