Skip to main content

Rencana

Aduh, Kenapa Kumpulan D?

sarawak-070417.jpg
Belum pun reda dengan tamatnya saingan Piala FA 2017 dengan Kedah dinobatkan sebagai pemenang, kini suasana bola sepak tempatan dihangatkan dengan undian Piala Malaysia di mana 16 pasukan bertanding telah diempatkan dalam kumpulan masing-masing.

Tuah pasukan Lang Merah berterusan apabila menjadi pasukan pilihan dalam Kumpulan C yang turut disertai Kelantan, Uitm FC dan juga Melaka United. Dengan reputasi dan prestasi terkini skuad bimbingan Nidzam Adzha Yusof, adalah satu malapetaka jika mereka gagal melepasi saingan kumpulan.

Bagi Kumpulan A, Dollah Salleh tentunya tersenyum lebar melihat senarai tiga lagi pasukan iaitu T-Team, Negeri Sembilan dan PKNP FC.

Di atas kertas, skuad Tok Gajah dijangka tidak berdepan masalah untuk mara ke peringkat seterusnya. Perak pula diundi bersama Felda United, PKNS FC dan Kuala Lumpur di mana Kumpulan B juga pastinya menjanjikan saingan yang sengit.

Paling mencuri tumpuan Dayang sudah tentu bagaimana reaksi David Usop apabila dikelilingi Benjamin Mora, Irfan Bakti Abu Salim dan P Maniam.

JDT pastinya mahu menjadi juara Kumpulan D dan melangkah ke peringkat seterusnya kerana untuk musim 2017, mereka masih belum memiliki sebarang kejuaraan.

Terengganu pula akan ditambah baik dengan kehadiran import baru menjelang sepak mula Julai nanti selepas mengugurkan beberapa tonggak import.

Red Giants pula kembali mendapatkan khidmat Andik Vermansyah selain pulangnya Amri Yahyah bersama gergasi Lembah Klang.

Jadi, Dayang sedikit resah mengenangkan nasib Sarawak untuk saingan Piala Malaysia nanti.

Apapun, Dayang doakan yang terbaik buat skuad Bujang Senang menjelang sepak mula Piala Malaysia selepas hari raya Aidilfitri nanti.

Dayang ucapkan selamat berpuasa kepada semua peminat bola sepak tempatan yang beragama muslim!

Advertisement

Must Watch Video