RENCANA
Adli, petinju contoh Asia
Baru setahun menyertai arena profesional, Adli Hafidz Mohd Pauzi pantas mencipta nama.
Jaguh kategori Super Middleweight ini menerima Anugerah Peninju Contoh WBC Asia di Bangkok, Thailand bersama tujuh lagi peninju benua ini.
WBC anggap peninju kelahiran Johor ini memiliki potensi besar untuk melangkah jauh dalam sukan yang melahirkan ramai jutawan apabila memegang rekod 6-0-0 dengan 3 KO.
Iklan
Realitinya, dia baru menyertai arena profesional tahun lalu.
"Anugerah ini cukup bermakna. Saya peninju ketiga selepas Farkhan (Haron) dan Meeraj Khan raih penghormatan ini".
"Terima kasih kepada semua yang membantu dan nantikan kejayaan lebih besar apabila saya merancang satu lagi pertarungan hujung tahun ini," katanya.
Adli masih menunggu siapa akan jadi lawannya dalam pertarungan WBA Asia.
Namun setakat ini, laluan nampak cerah apabila WBC Asia sudah menjalinkan kerjasama dengan WBC Amerika.
Ini bermakna, ada peluang untuk juara WBC Asia seperti Adli bertarung di Amerika Syarikat.
Juara super middleweight WBC Amerika ketika ini ialah Andre Dirrell yang memiliki rekod 33-1-1.
Pertarungan itu mungkin tidak berlaku tahun ini tetapi itu sepatutnya jadi sasaran Adli dan peninju profesional negara. Mereka patut sasarkan juara Amerika.
Buat masa ini, saya fikir lebih baik Adli raikan anugerah ini kerana ia penghormatan atas kerja keras sejak setahun lalu.
Rahmat Ramadan, kawal pemakanan ketika Syawal dan kemudian kembali ke gelanggang untuk persiapan akhir tahun ini.
Tahniah Adli, peninju contoh benua Asia!
Must-Watch Video