"Adeq boleh jaga diri." Itu yang diungkapkan ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, kepada saya saat ditanya bagaimana perasaan apabila ke Jerman selaku satu-satunya atlet wanita bagi menjalani kem latihan selama satu bulan tatkala lima pelari lain adalah lelaki.
Zaidatul yang lebih mesra disapa “Adeq” jelas teruja untuk ke Jerman yang menjadi fasa persiapan terakhir mereka menjelang Sukan Asia 2018 walaupun ini merupakan kunjungan pertamanya ke luar negara dengan hanya menjadi satu-satunya wanita dalam pasukan.
Bagi saya, Adeq merupakan seorang atlit yang mempunyai semangat cukup kental dan tidak pernah anggap dirinya lemah demi terus perbaiki prestasi diri. Selama ini juga, “sparring” Adeq dalam latihan adalah lelaki dan tidak menjadi masalah dia ke Jerman juga bersama rakan sepasukan lelaki yang lain.
Apa yang pasti, saya percaya, Khairul Hafiz Jantan, Jonathan Nyepa, Nixson Kennedy, Haiqal Hanafi dan Zulfiqar Ismail yang turut ke Jerman akan saling memberi sokongan satu sama lain di sana.
Masing-masing punya misi tersendiri untuk perbaiki catatan masa yang lebih pantas sepertimana Adeq sendiri sasar untuk lakukan larian di bawah 11.45 saat tatkala dia sedar kesukaran untuk raih podium di Jakarta nanti.
Selepas lama menanti untuk ke kem latihan luar negara, diharap 6 pelari ini mampu manfaatkan sebaiknya latihan di sana di mana Adeq sendiri berpeluang mendapat “sparring” yang bertaraf tinggi di sana nanti.
Maka, saya akan merindui kelibat pelari-pelari ini di trek Majlis Sukan Negara, MSN selepas ini selama lebih satu bulan dengan mengharapkan yang terbaik untuk mereka di Jerman sekaligus mampu hadirkan sesuatu buat negara di Sukan Asia nanti !