Skip to main content

Rencana

Ada krisis dalaman ke?

jose-mourinho-cropped_y0ieawg7zbz01x7l98mim382j_1.jpg
Sejak bermulanya saingan Liga Perdana Inggeris, pasukan kendalian Jose Mourinho masih belum mampu mempamerkan aksi meyakinkan.

Ada kemenangan, ada kekalahan serta seri, di mana ketidaktentuan prestasi ini mengundang rasa tidak senang bukan sahaja dari peminat, malahan dalam kalangan pemain.

Terbaru, keputusan seri sewaktu menentang Watford dan juga kekalahan dalam Piala Liga makin menambah resah pasukan Manchester United. 

Sudah ada cakap cakap belakang yang mahukan pemain United tampil lebih garang dengan mempamerkan corak menyerang, terutama sekali sewaktu beraksi di laman sendiri. Tidak kurang juga yang sudah bosan dengan aksi terlalu berhati-hati United sehingga menghilangkan rasa gerun pihak lawan sewaktu berdepan The Red Devils.

Dalam masa sama, pemain berpengaruh seperti Paul Pogba turut mengkritik taktikal pasukannya yang diibaratkan tidak cukup garang untuk merobek gawang lawan. Pogba tanpa berselindung menempelak corak permainan yang diterapkan Jose Mourinho dan berharap ianya dapat diperbaiki pada perlawanan akan datang. Kesan dari komen pedasnya itu, beliau dilucutkan jawatan sebagai penolong ketua pasukan United  serta-merta. 

Dayang secara peribadi berasa seperti ada sesuatu yang kurang dalam persembahan United musim ini. Seakan ada sesuatu yang tidak kena apabila melihat jurulatih menyalahkan pemain secara individu sebagai punca tidak mencatat kemenangan dan pemain pula secara terbuka mengkritik pengurus pasukan, adakah ini sedikit sebanyak membuktikan bahawa ada krisis dalaman yang sedang berlaku?

Tatkala United akan berdepan West Ham United di laman lawan, Dayang berharap tiga mata mampu dibawa pulang untuk mengukuhkan kedudukan United dalam liga memandangkan mereka kini berada di tangga ketujuh.

Andai tewas, Dayang percaya akan ada kejutan yang berlaku sama ada daripada segi pemain mahupun kedudukan  tenaga kejurulatihan kerana peminat semakin mendesak untuk melihat United kembali ke prestasi sebenar.

Advertisement

Must Watch Video