Tiada pilihan lain ketika ini dengan Real Madrid harus memusatkan fokus kepada Liga Juara-Juara untuk menyelamatkan musimnya daripada menjadi porak-peranda.
Los Blancos harus enggan mengakuinya secara terbuka tetapi jurang 14 mata dengan pasukan pendahulu, Barcelona, pada garis pertengahan musim LaLiga, memberi bayangan adalah mustahil untuk mempertahankan mahkota mereka.
Menurut akhbar harian bola sepak Sepanyol, Marca, mereka yang menduduki tampuk kuasa di Real Madrid, sebenarnya, sudah pun mengaku kalah, dengan perhitungan besar berdepan Paris Saint-Germain (PSG) dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara pada Februari dan Mac depan, adalah pertempuran yang perlu mereka menangi.
Kerana itu jugalah, Zinedine Zidane mempunyai 50 hari untuk menyelamatkan musim mereka, 50 hari untuk bersiap dalam menentukan sama ada masih ada kejuaraan yang mampu dimiliki mereka.
Lagipun, dalam kamus kejayaan Real Madrid, hanya kejuaraan yang akan membuat mereka diingati dan gara-gara itu jugalah, 2017 akan dikenang sebagai musim sarat kejayaan buat mereka – dan tidak ketinggalan juga, kegagalan.
Sebelum membuat keputusan besar dalam jendela perpindahan Januari, Florentino Perez dan Jose Angel Sanchez mahu mengambil sedikit waktu dalam merenungkan kembali jatuh-bangun kelab mereka di samping perlunya memperbaharui pasukan dengan keupayaan dan kekuatan baru.
Barangkali tidak ada banyak masalah dengan pasukan sedia ada tetapi pembelian baru tentunya akan menghadirkan ancaman kepada calon-calon kesebelasan utama – sesuatu yang kehilangan daripada perencanaan Zidane musim ini.
Keaiban daripada kekalahan 3-0 kepada Barcelona dalam El Clasico di gelanggang sendiri, Sabtu lalu, sekadar mempercepatkan proses pembaharuan, dengan rundingan pembelian pemain sudah pun dijalankan secara senyap-senyap.
Dalam pada itu, pembelian ketika jendela Januari juga boleh mendatangkan lebih banyak masalah daripada menawarkan penyelesaian.
Langkah segera adalah mendapatkan penjaga gol, Kepa Arrizabalaga, seorang pertahanan dan seorang penyerang walaupun Zidane kelihatan tidak mahukan seorang lagi di barisan depan.
Mereka sudah pun terlepas mendapatkan Kylian Mbappe sebelumnya apabila bapa pemain itu membuat tuntutan keterlaluan di sebalik bekas penyerang Monaco itu sudah mengatakan “ya” kepada Perez.
Kini, berselang lima kejuaraan kemudian, penyokong The Galacticos mendesak pembelian pemain baru untuk membalas dendam terhadap Barcelona.
Namun, kejayaan dalam Piala Sepanyol dan Piala Super Eropah menyerlahkan Real Madrid masih sebuah pasukan kompetitif – cuma kehambaran dalam aksi LaLiga menelanjangi mereka sebagai jauh daripada sebuah pasukan serba penakluk.
Staf kejurulatihan, buat beberapa lama, berasakan perlu untuk kembali kepada gandingan ‘BBC’ sebagai penyelamat, namun kejayaan pasukan tanpa mereka menjadi batu penghalang kepada rencana itu.
Kini, mereka sedar apa yang menjadi cadangan sebelum ini, akan menjadi satu kewajipan pada musim panas akan datang, dengan Karim Benzema tampil selaku antara nama pertama untuk dijual.
Zidane semakin kesuntukan masa untuk menyelamatkan pasukannya dan sebarang keputusan berlawanan akan bermakna jawatannya sendiri akan menjadi galang ganti.