Artikel sebelum ni aku kongsikan betapa tahun 1996 ( 27 tahun lalu ) aku cipta sejarah buat anak kampung aku, bergelumang dengan pelumba-pelumba motosikal bertaraf dunia di litar Batu Tiga, Shah Alam.
Untuk pengetahuan adik-adik, litar tu pun dah dikuburkan pada 2003 untuk beri laluan kepada projek perumahan mewah. Siapalah yang bertuah dapat lot rumah di kawasan pit, paddock, grandstand, selekoh pertama dan sebagainya.
Kerjaya aku sebagai krew penerbitan semakin berkembang. Belum pun hilang keterujaan aku menyertai pasukan penerbitan Kejuaraan Grand Prix Motosikal Dunia, peluang lebih hebat bertandang.
Aku dipilih untuk menyertai pasukan penerbitan satu kejohanan sukan lasak pacuan 4 roda pula. Ini merupakan satu peluang yang tak terjangkau di fikiran. Aku tidak pernah berangan atau bermimpi untuk terlibat dengan acara sebegini. Inilah namanya rezeki !
Inter Pacific Dunlop 4x4 International Challenge 1997, itulah namanya. Memang sangat teruja apabila aku bakal berkampung di hutan belantara di negeri Perak selama 8 hari.
Masih segar diingatan di upacara perasmian yang diadakan berhadapan stesen KTM Ipoh dengan persembahan kebudayaan berwarna warni. Paling teruja ialah melihat deretan jentera pacuan 4 roda yang telah melalui proses modifikasi extrim ketika itu.
Maka bermulalah pengembaraan kami di hutan belantara Perak, sesuatu yang tidak pernah tergambar. Aku bermandi lumpur dan selut serta dikerumuni sang nyamuk yang rakus membantai tubuh kurus aku.
Format pertandingan menyaksikan kenderaan peserta perlu melalui Special Stage / SS yang direka sepanjang berada di dalam hutan tebal.
Kepenatan dan tugas yang berat juga memaksa aku melupakan rutin wajib iaitu mandi! 5 hari aku hanya mampu membasuh muka dan kaki. Kepenatan mengatasi segalanya tetapi tugas dapat dilaksanakan dengan jaya.
Sehinggalah kami singgah dan menginap serta diraikan kaum asli di suatu perkampungan yang aku lupa namanya. Tetapi yang aku masih ingat ialah ikan bakar dan tarian SEWAI yang dipersembahkan.
Di sini jugalah aku berkenalan dengan Luis J. A Wee, seorang lelaki berbangsa cina yang begitu fasih berbahasa melayu dan lasak. Dialah penganjur acara ini dan kini merupakan pengasas Rainforest Challenge, RFC – acara sukan lasak 4x4 terulung dunia yang dah memasuki edisi ke 26 pada 2023.
Apapun aku puas dan belajar perkara baru dalam hidup menerusi kerjaya hebat ini walaupun aku tak mandi selama 5 hari!