Skip to main content

Rencana

2017 tahun gemilang Cristiano Ronaldo

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ronaldo-25817_1.jpg
Baru sahaja menerima anugerah pemain terbaik FIFA dua bulan lalu, tuah Ronaldo terus berkekalan apabila memenangi anugerah berprestij Ballon d’Or.
 
Ini merupakan anugerah kelima Ronaldo selepas memenanginya empat kali pada 2008, 2013, 2014 dan 2016.
 
Ianya sekaligus menyamai pencapaian ‘musuh’ utamanya Lionel Messi yang juga memenangi anugerah Ballon d’Or sebanyak lima kali. Majlis yang berlangsung di Paris itu turut menyaksikan Messi dan Neymar sekadar menduduki tangga kedua dan ketiga.
 
Dayang yang mengikuti perkembangan Ronaldo melihat tahun 2017 merupakan tahun yang penuh cerita gembira buat Ronaldo.
 
Menjuarai Liga Juara-Juara Eropah (UCL), membawa Real Madrid muncul juara La Liga pertama dalam tempoh lima tahun, penjaring terbanyak UCL, dikurniakan cahaya mata perempuan, Alana Martina, selain hubungan kekeluargaan yang erat antara ahli keluarga, Ronaldo mempunyai segala-galanya untuk tahun 2017 ini.
 
Ronaldo turut berterima kasih kepada semua pihak yang membantunya hingga beliau berada di tahap yang sekarang.
 
Dengan Ronaldo kini telah berusia 32 tahun, Dayang percaya kejohanan Piala Dunia Russia 2018 mungkin akan menjadi medan tempur sasaran Ronaldo kerana beliau belum pernah merangkul gelaran juara dunia bersama Portugal.
 
Dayang juga tidak pasti andai pembaca semua mempunyai firasat seperti yang Dayang rasakan tetapi mungkin selepas ini, kita tidak akan melihat lagi pemain sehebat Cristiano Ronaldo atau perlu menunggu lama untuk pemain lain menyamai atau melebihi pencapaian beliau kerana kualiti pemain sepertinya dan juga Lionel Messi bukanlah akan ada sepanjang masa.
 
Apapun, Dayang gembira melihat pencapaian Ronaldo sepanjang 2017 dan terima kasih kerana menyajikan kami yang merupakan peminat bola sepak dengan aksi permainan bola sepak yang menghiburkan.

Advertisement

Must Watch Video