Jika dinilai berdasarkan keputusan, 2017 jelas tahun gemilang buat skuad hoki lelaki negara apabila menutup tirai kalendar musim ini dengan beberapa kejayaan luar biasa.
Antara pencapaian besar pasukan ranking ke-12 dunia itu muncul naib juara Piala Asia 2017 di Dhaka, meraih tempat keempat Separuh Akhir Liga Hoki Dunia (WHL) di London dan juara Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia di Dhaka.
Namun, kejayaan paling penting sudah tentu kebangkitan yang diperagakan di WHL London apabila bangkit untuk mencuri tiket automatik ke Piala Dunia 2018 di Bhubaneswar India dengan cara yang sukar.
Tewas dua aksi pertama kumpulan kepada Argentina 5-2 dan England 7-3, Malaysian Tigers menunjukkan perwatakan kebangkitan apabila bangkit menumbangkan Korea Selatan 1-0 dan China 5-1 untuk mara ke suku akhir.
Di suku akhir, mereka mengetepikan musuh tradisi dan juga tuan rumah India 3-2 untuk mara ke separuh akhir sekali gus mengesahkan tiket automatik ke Piala Dunia 2018 sebelum mereka berakhir di tempat keempat.
Percaya atau tidak, dengan pencapaian itu menyaksikan sejarah telah tercipta di bumi London kerana sejak Liga Hoki Dunia diperkenalkan di Dublin pada 2011, Malaysia belum pernah layak ke pentas separuh akhir.
Namun, kejayaan itu bukan datang bergolek ketika pemain ini terpaksa menjalani latihan intensif sepanjang tahun ini.
Larian mendaki bukit, larian 300 meter sepusingan di trek MSN sebanyak 6 set sehari dan macam-macam lagi.
Atlet olahraga sendiri pun belum tentu pernah menjalani latihan sebegini.
Atas sebab itu, kredit perlu diberikan kepada Pengarah Teknikal MHC, Terry Walsh yang rajin 'turun padang' bagi berkongsi idea kepada barisan jurulatih negara.
Beliau banyak memainkan peranan di sebalik tabir dalam menentukan perancangan latihan dan hala tuju pasukan. Seringkali selepas perlawanan kita juga pasti dapat melihat kelibat beliau mencari Stephen untuk mengutarakan pendapatnya.
Malah, dia juga mengenal pasti masalah kecergasan dan mental sebagai isu utama yang perlu diselesaikan dan congakannya untuk mengubah sedikit gaya latihan pasukan tampak mula membuahkan hasil.
Ini terbukti dalam lima kejohanan utama sepanjang tahun ini selepas pasukan yang menggabungkan muka lama dan beberapa pemain baharu itu menampilkan kematangan apabila berjaya menyerap tekanan dalam aksi genting.
Walaupun tiada lagi kombinasi Stephen Van Huizen dan Lim Chiow Chuan bagi tahun depan, tetapi saya percaya Amin Rahim yang dipilih sebagai pengganti kepada Chiow Chuan mampu membawa masuk idea 'orang muda' ke dalam kem latihan negara.
Penulis juga percaya langkah MHC menyerapnya sebagai pembantu kepada Stephen mampu menambah baik situasi pukulan sudut penalti dengan Amin Rahim dulu merupakan flicker utama negara pada era awal tahun 2000.
Dari segi ranking dunia, meskipun tiada peningkatan, dengan Malaysia terus kekal dikedudukan ke-12 dunia tetapi sekurang-kurangnya jurang pungutan mata dengan pasukan ke-11 dunia, Kanada semakin mengecil kepada 40 mata.
Ireland di ranking kesepuluh dunia pula hanya dipisahkan dengan kita sebanyak 68 mata.
Bagi penulis, tidak mustahil saat yang dinanti-nantikan untuk melihat Malaysia kembali memecahkan kelompok ranking 10 terbaik dunia akan berakhir pada tahun ini ketika lima kejohanan utama sudah menunggu selepas kali terakhir kedudukan itu berjaya dicapai sewaktu zaman penulis masih beraksi buat negara.
Lima kejohanan yang dimaksudkan itu adalah Piala Sultan Azlan Shah (Mac), Sukan Komanwel 2018 (April), Trofi Juara-Juara Asia (Mei), Sukan Asia 2018 (Ogos) dan Piala Dunia 2018 (Disember).
Bagi skuad hoki wanita negara pula, walaupun terus gagal dalam percubaan untuk layak ke Piala Dunia tetapi skuad bimbingan Dhaarma Raj Abdullah itu sudah merakam pencapaian bermakna dengan layak ke saingan Separuh Akhir WHL di Belgium, Julai lalu.
Hanya dua kejayaan utama iaitu muncul naib juara Pusingan Kedua WHL di Kuala Lumpur dan memenangi pingat emas Sukan SEA 2017 sudah cukup untuk memastikan mereka melakar pencapaian melebihi KPI diletakkan.