7 kejuaraan dunia dirangkul atlet Malaysia.
Tahun paling cemerlang untuk sukan negara ditambah lagi dengan juara keseluruhan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Walaupun masih belum mendakapi pingat emas pertama Sukan Olimpik, prestasi atlet sungguh menakjubkan dengan pencapaian 3 pingat emas di Sukan Paralimpik Brazil menjadi inspirasi atlet lain.
Shalin Zulkifli dan rakan sepasukan baru-baru ini merangkul kejuaraan berpasukan dunia di Kejohanan Boling dunia, Las Vegas Amerika Syarikat.
Setelah menghadiahkan pingat perak bersama Sin Li Jane dalam acara berpasangan wanita, pemain berusia 39 tahun yang mewakili negara sejak berumur 14 tahun menjadi tulang belakang kepada pemain muda lain Li Jane, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi, Natasha Roslan dan Esther Cheah menewaskan pasukan Singapura untuk menjadi juara dunia setelah kali terakhir 10 tahun lalu di Mexico.
Li Jane juga menambah satu lagi pungutan pingat perak dalam acara Masters.
Tahun ajaib untuk sukan Malaysia selain menjadi juara dunia berpasukan boling, 6 atlet lain yang mencatat sejarah muncul atlet terbaik dunia ialah Ziyad Zolkefli (Lontar peluru F20), Abdul Latif Romly (Lompat jauh T20), Cheah Liek Hou (Perseorangan lelaki badminton SU5), Wong weng Son (Wushu Jianshu), Cheong Jun Hoong (Terjun 10m platform) dan 'The Pocket Rocketman', Azizulhasni Awang (Berbasikal keirin).
Suntikan kerajaan sebanyak RM1 bilion untuk sukan negara pada 2018 sememangnya keputusan terbaik untuk menghasilkan lebih ramai juara dunia.