Tarikh baru Sukan Olimpik Tokyo 2020 iaitu pada 23 Julai-8 Ogos 2021 menerima pelbagai reaksi.
Ada yang berpendapat Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) patut buat kajian lebih mendalam mengenai tarikh baru, malah ada juga yang anggap ia terlalu lama.
Pemerhati anggap IOC patut mengutamakan sensitiviti masyarakat dunia mengenai kebimbangan pandemik Covid-19 yang jadi punca kalendar sukan terpaksa dirombak secara besar-besaran.
Apa yang penting ketika ini ialah tumpuan penuh untuk mengatasi wabak yang sudah membunuh puluhan ribu individu seluruh dunia.
Tetapi bagi komuniti sukan, tarikh baru Sukan Olimpik Tokyo amat penting.
Selepas ini, mereka perlu melakukan perancangan untuk membentuk semula program periodisasi untuk capai kemuncak prestasi pada 23 Julai-8 Ogos 2021.
Perancangan itu penting kerana ia akan menentukan pencapaian atau warna pingat.
Apa yang pasti atlet terpaksa menempuh 'saat sukar' selama 16 bulan lagi kerana dalam tempoh itu, lebih banyak pengorbanan terpaksa dilakukan.
Ada yang sudah menunda pengajian, memohon cuti daripada majikan dan lebih penting, terpaksa menjalani latihan keras lebih lama.
Tetapi IOC sudah buat keputusan.
Bertabahlah semua.