Skip to main content

Rencana

10 terbaik dunia

lee-zii-jia_1.jpg
Akhirnya, aspirasi perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, untuk memecah masuk kelompok elit dunia berhasil selepas hampa musim lalu.

Dia menjadi perseorangan ketiga dalam era Datuk Lee Chong Wei untuk merekodkan pencapaian sedemikian termasuk Liew Daren.

Kejayaan ini tercetus susulan pengembaraan Zii Jia melangkah ke separuh akhir Seluruh England dalam penampilan sulungnya di kejohanan badminton tertua di dunia itu.

Sejak bergelar no. 1 negara, Zii Jia sudahpun memiliki beberapa kebanggaan peribadi seperti menjejakkan kaki ke suku akhir Kejohanan Dunia (juga penampilan sulung) serta 
memenangi Pingat Emas Sukan SEA Manila Filipina 2019.

2020 juga menyaksikan Zii Jia mengetuai skuad muda negara sehingga layak ke final Kejohanan Berpasukan Asia di Manila, Februari lalu.

Seterusnya, buat perseorangan tinggi lampai ini adalah untuk memastikan dia konsisten untuk kekal dalam kalangan 10 terbaik dunia.

Dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020, saya meramalkan Zii Jia untuk terus mencabar kedudukan podium di sebalik kemahuan untuk memburu status sebagai lima terbaik dunia.

Sekalipun masih awal untuk Malaysia menjulang Zii Jia sebagai penerus legasi sebenar keunggulan Chong Wei, setidaknya dia berusaha memenuhi potensi diri.

10 Terbaik Dunia Dalam Genggaman,
Ranking 5 Terbaik Pula Jadi Sasaran,
Tidak Mustahil No 1 Pada Masa Akan Datang,
Pelan-Pelan Kayuh Zii Jia, Naik Bukit Bukan Mudah.

Advertisement

Must Watch Video