Skip to main content
Advertisement

Bola Sepak

Rasmi: Sah! Selepas jaring 13 gol, bintang JDT ini angkat kaki

JDT

Tanda tanya mengenai spekulasi pemain import Johor Darul Ta'zim (JDT), Teto Martin, terjawab apabila sah meninggalkan kelab itu dan menyertai CE Europa dari Sepanyol selepas diumumkan secara rasmi semalam.

Pemain berusia 24 tahun itu menyertai Fergus Tierney, Moussa Sidibe, Park Jun-heong, Raul Parra dan Heberty Fernandes antara yang sudah meninggalkan Stadium Sultan Ismail (SSI) sebelum musim bermula.

Lebih mencuri tumpuan, nombor jersi yang digunakan sebelum ini -- 20 -- telah menjadi milik pemain baharu iaitu Dani Bolt yang ditandatangani pada minggu lalu.

Martin sempat menikmati pencapaian gemilang bersama Harimau Selatan apabila pernah menyumbat hatrik dalam satu perlawanan, selain merekodkan 13 gol walaupun sekadar sempat beraksi satu musim.

Ini bermakna, dia memilih untuk kembali ke negara asalnya berbanding pengalaman bertanding dalam Liga Juara-Juara Asia (ACLE) bersama skuad kendalian Xisco Munoz musim ini.

Kemas kini laman transfermarkt menyaksikan perpindahan Teto Martin dari juara Liga Super itu ke pasukan baharunya adalah secara percuma. 

 

 

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video

Advertisement