Skip to main content
Advertisement

Sukan Lain

Adidas mohon maaf

Adidas

Gergasi pakaian sukan Adidas memohon maaf selepas menerima kritikan hebat dan gesaan boikot susulan penggunaan imej seorang bekas tentera Israel dalam kempen tempatan yang mempromosikan perkhidmatan kasut tunggal syarikat itu untuk golongan kudung serta individu dengan kelainan anggota badan.

Bekas tentera Israel yang terlibat dalam kempen berkenaan, Shalev Biton kehilangan kaki kiri selepas cedera dalam konflik Israel-Gaza pada 2021.

Permohonan maaf itu dibuat menerusi akaun Instagram Adidas Arabia, cabang serantau syarikat pakaian sukan dari Jerman itu.

Dalam satu kenyataan, Adidas Arabia mengakui penggunaan imej tersebut telah menimbulkan kebimbangan dan reaksi negatif dalam kalangan orang ramai.

"Kami mengakui bahawa imej yang digunakan dalam satu aktiviti tempatan baru-baru ini telah menimbulkan kebimbangan dan reaksi yang kuat," menurut kenyataan itu.

Adidas Arabia menegaskan, syarikat itu tidak pernah berniat untuk menyinggung mana-mana pihak dan memohon maaf kepada mereka yang terkesan dengan penggunaan imej berkenaan.

"Kami menyedari kebimbangan yang telah dibangkitkan dan mengambil maklum maklum balas tersebut dengan serius," tambah kenyataan itu.

Kontroversi berhubung kempen itu tercetus di media sosial, dengan beberapa pengguna menyuarakan bantahan terhadap pemilihan individu yang pernah berkhidmat dalam tentera Israel sebagai wajah kempen berkenaan, sekali gus mencetuskan gesaan supaya produk Adidas diboikot.

Kredit: Astro Awani

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement