Fiorentina memecat ketua jurulatih, Fabio Grosso, pada hari Ahad selepas mengalami tiga kekalahan berturut-turut awal musim ini menyebabkan mereka berada di tangga tercorot Serie A.
Fiorentina tewas 4-0 di tangan AS Roma dan 3-0 di tempat sendiri kepada pasukan dari divisyen kedua, Frosinone, sebelum kekalahan 2-1 kepada Torino pada hari Sabtu, menyebabkan mereka menjaringkan satu gol dan sembilan bolos.
Bekas pertahanan Itali berusia 48 tahun itu telah mengendalikan pasukan selama kurang daripada tiga bulan, setelah menggantikan Paolo Vanoli pada 8 Jun dan menandatangani kontrak dua tahun.
VANOLI È IL NUOVO ALLENATORE DELLA FIORENTINA💜⚜️
ACF Fiorentina comunica che è stata affidata a Mister Paolo Vanoli la guida tecnica della Prima Squadra.
Al Mister va un grande ringraziamento per aver accettato subito con entusiasmo di tornare alla guida della Prima Squadra. pic.twitter.com/WqoaCyjCw7— ACF Fiorentina (@acffiorentina) September 7, 2026
Vanoli telah membimbing Fiorentina ke tempat ke-15 musim lalu selepas mengambil alih daripada Stefano Pioli, yang dipecat susulan permulaan tanpa kemenangan selama 10 perlawanan.
Kelab itu kemudiannya melatik semula Vanoli selaku pengurus baharu menghadapi baki saingan.