Skip to main content

Bola Sepak

Laporta dedah pernah tolak tawaran RM1.14 billion dari PSG buat Lamine Yamal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

yamal

Bekas Presiden Barcelona, Joan Laporta, berkongsikan pernah menolak tawaran luar biasa bernilai €250 juta (RM 1.14 billion) daripada Paris Saint-Germain (PSG) yang mahu mendapatkan khidmat Lamine Yamal dua tahun lalu.

Begitupun, Yamal, yang kini berusia 18 tahun itu membuktikan kredibilinya selepas menduduki tempat kedua dalam undian Ballon d'Or 2025 selain membantu Sepanyol menjuarai Euro 2024 pada usia 17 tahun.

Advertisement

Malah, selain dipilih sebagai Pemain Muda Terbaik EURO 2024, Yamal turut meraih anugerah Gol Terbaik EURO 2024. Golnya semasa menentang Perancis di peringkat separuh akhir dipilih sebagai gol terbaik kejohanan itu.

 

 

 

 

"Paris Saint-Germain menawarkan kami €250 juta (RM 1.14 billion) untuk Lamine Yamal dua tahun lalu.

"Kami menolaknya. Dia berumur 17 tahun, sesetengah orang beranggapan kami gila!." katanya.

Dilaporkan tawaran itu hadir selepas kelab gergasi Perancis itu kehilangan khidmat Kylian Mbappe yang memilih untuk menyertai Real Madrid secara percuma

Must Watch Video