Malam bersejarah di Kuala Lumpur apabila lagenda bola sepak terkemuka dunia yang pernah mewarnai Liga Perdana Inggeris (EPL) suatu ketika dahulu berentap mengetuai pasukan masing-masing dalam Zurich Liga 7X7 All Stars semalam.
John Terry, Ryan Giggs dan Dimitar Berbatov mengetuai pasukan masing-masing berentap di satu pentas yang sama.
Pasukan Bangsa Bola dipimpin Terry, yang dibarisi bekas pemain Liga Super seperti Mahali Jasuli, Razman Roslan, Sean Selvaraj dan Sebastian Avanzini, muncul juara menewaskan pasukan Wizards dipimpin Giggs 6-2.
"Harap-harap ia akan ada lagi tahun depan dan kami boleh kembali ke sini untuk mempertahankan trofi kami," kata Terry kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis.
"Amat baik untuk kembali ke sini kerana suasananya amat hebat. Chelsea kini juara dunia dan kami muncul juara di Malaysia."
Perlawanan bola sepak kompetitif dan bersifat pertunjukkan seperti ini semangnya masih baru di Malaysia tetapi kemeriahan saingan ini cukup dirasai apabila menarik ribuan penyokong yang hadir.
Ketua Pegawai Esksekutif Zurich Liga 7X7 All Stars, Adam Azman, berkata: "Ini sememangnya sesuatu yang saya mahu lakukan kerana di Sepanyol mereka ada King's League, jadi ia sememangnya konsep yang sudah terbukti dan kita akan melihat sama ada ia akan berjaya di sini atau tidak dan hari ini merupakan ujiannya.
"Bola sepak tujuh sepasukan sememangnya amat popular dalam kalangan rakyat Malaysia, jadi saya fikir kami akan meneruskannya tahun depan tetapi kami mahu meneruskannya dengan liga yang berterusan.
"John (Terry) dan Ryan (Giggs) berkata mereka mahu kembali ke sini, jadi kami akan melihat apa yang akan dilakukan.
"Dimitar, ketiga-tiga mereka sememangnya ahli sukan yang bagus, jadi kita lihat sama ada kami boleh membawa mereka kembali tahun depan atau tidak. Jika tidak, akan sentiasa ada pemain lain yang boleh kami bawakan untuk bersama pemain tempatan kita," katanya.