Skip to main content

Bola Sepak

Ziyech, Chillwell dan Silva terlepas aksi sulung berdepan Brighton

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ziyechcropped_1r4lfn76tthsn1bcc04sowu95n.jpg
Aksi sulung secara rasmi Hakim Ziyech bersama Chelsea perlu ditangguh untuk beberapa minggu lagi selepas Frank Lampard mengesahkan pemain itu mengalami keederaan lutut.

Media telah mencadangkan penampilan sulung pemain kebangsaan Maghribi, Ziyech terpaksai ditangguh untuk aksi berdepan Brighton and Hove Albion untuk aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Ziyech tiba dari Ajax dengan yuran perpindahan bernilai GBP33.3 juta, namun peminat perlu menunggu untuk menyaksikan dia beraksi secara kompetitif apabila Lampard mengesahkan pemain itu mengalami kecederaan.

Ziyech turut diiringi Thiago Silva dan Ben Chilwell tidak dapat membuat penampilan sulung buat pasukan.

"Ziyech mengalami kecederaan ketika aksi persahabatan bertemu Brighton dan tidak akan sempat pulih sebelum musim bermula," kata Lampard.

"Kami sedang berusaha dan berusaha masalah kecederaannya dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat tetapi kami perlu menunggu terlebih dahulu.

"Chilwell masih lagi berusaha mendapatkan tahap kecergasan terbaik. Dia juga tidak terlepas perlawanan bertemu Brighton.

"Thiago Silva pulan baru sahaja berada di London tetapi tidak akan bermula berlatih hingga hujung minggu ini."
 

Advertisement

Must Watch Video