Athletic Bilbao mengumumkan Jose Angel Ziganda telah dilantik sebagai jurulatih baru kelab itu.
Pengurus berusia 50 tahun itu menandatangi kontrak selama dua tahun bagi menggantikan Ernesto Valverde selepas empat tahun menyandang jawatan itu.
"Jose Angel Ziganda akan bertindak sebagai jurulatih baru Athletic untuk tempoh dua musim," demikian kata satu kenyataan kelab LaLiga itu.
"Ziganda akan diperkenalkan kepada media di San Mames, hari ini."
Dia pernah menyarung jersi kelab itu sebagai pemain sekitar tahun 1991 hingga 1998 sebelum beralih ke bidang kejurulatihan pada 2011, dengan membimbing Osasuna dan Xerez.
Valverde semakin kerap dikaitkan dengan jawatan di Barcelona berikutan pengumuman Luis Enrique untuk mengundurkan diri selepas aksi final Copa del Rey, hujung minggu ini.