Skip to main content

Bola Sepak

Zidane tuntut kebangkitan pemain

zinedine-zidane-cropped_1v5074gwvouxg1o4wfkt1ed43s.jpg
Pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane, menolak untuk berkongsi situasi dalam bilik persalinan tetapi mengakui pasukannya kini terdesak untuk bangkit selepas tersingkir daripada Copa del Rey.

Khamis lalu, kekalahan 4-3 di tangan Real Sociedad menyaksikan Real tersingkir dalam suku akhir tatkala ia dialami di depan penyokong sendiri, yang menjadikannya lebih perit untuk diterima.

Bagaimanapun, peluang untuk segera bangkit hadir dalam kunjungan ke Pamplona apabila pendahulu LaLiga itu menentang Osasuna awal pagi esok.

Ditanya mengenai keadaan kem Los Blancos, Zidane -- yang menyaksikan pasukannya tidak tewas dalam 21 perlawanan sebelum penyingkiran itu -- tidak banyak berkongsi.

"Apa yang berlaku dalam bilik persalinan patut kekal di situ," katanya.

"Kami mengenal pasti perlawanan. Kami tidak gembira dengan keputusan itu tetapi kami bernasib baik berdepan aksi lain tiga hari kemudian dan kini kami fokus dalam perlawanan itu.

"Ia bukan satu pengakhiran. Banyak usaha dilakukan sehingga hari ini."

Real kini tiga mata mengatasi musuh tradisi, Barcelona, yang turut tersingkir daripada Copa del Rey susulan tewas 1-0 di tangan Athletic Bilbao.

Pasukan pertengahan, Osasuna, dilihat mencatat 10 seri daripada 22 perlawanan tetapi Real lebih unggul dalam pertemuan September lalu susulan jaringan Vinicius Jr dan Rodrygo Goes membolehkan mereka menang 2-0 di laman sendiri.

"Dalam 20 atau 21 aksi terakhir, saya boleh katakan kami belum memenangi apa-apa," tambah Zidane.

"Kami berdepan aksi awal pagi eok serta perlawanan seterusnya selepas itu. Ia berterusan dan pemain perlu yakin.

"Saya bekas pemain. Saya tahu apa yang dilalui. Tidak mudah untuk beraksi dalam tempoh tiga hari dan menampilkan persembahan terbaik dalam setiap perlawnaan.

"Kami menentang lawan yang bagus, tidak henti berlari. Tiada pasukan lebih banyak berlari berbanding kami musim ini.

"Kami akan hadapi lebih banyak aksi sebegini, itu sudah pasti. Saya sentiasa akan mempertahankan pemain Real Madrid."



Editor: Nafis Abdullah

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found