RAYO VALLECANO 1 REAL MADRID 0
Zinedine Zidane tidak pasti sama ada Gareth Bale memberikan tumpuan kepada Real Madrid ataupun sebaliknya selepas pasukan itu mengalami kekalahan 1-0 kepada Rayo Vallecano dalam saingan LaLiga, awal pagi tadi.
Musim hambar Real berterusan apabila tewas kepada kelab kedua tercorot daripada 20 pasukan itu.
Bale hadir sebagai penyerang utama, namun gagal memberikan sebarang impak sementara berkaitan persoalan melibatkan masa depan pemain kebangsaan Wales itu, Zidane menjelaskan dia tidak pasti mengenai komitmen pemain berusia 29 tahun itu.
"Saya tidak tahu sama ada Bale memberikan tumpuan ataupun tidak," kata Zidane.
"Anda perlu bertanyakan kepadanya."
Jaringan Adri Embarba menerusi sepakan penalti cukup buat Vallecano memastikan kemenangan, sekali gus menghidupkan peluang untuk terus kekal bersaing dalam LaLiga manakala Real dijangka mengakhiri saingan di tangga ketiga.
Zidane, yang kembali memimpin pasukan bulan lalu, menyelar persembahan Real di Estadio de Vallecas.
"Kami gagal meraih sebarang jaringan. Kami tidak melakukan apa-apa sejak minit pertama permainan.
"Saya sangat marah kerana imej pasukan sangat buruk. Bukan sahaja pemain, saya turut bertanggungjawab ke atas kekalahan ini.
"Kami memohon maaf di atas kekalahan Real dalam perlawanan ini."