Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane, menegaskan Gareth Bale dan James Rodriguez akan menerima "100 peratus" sokongannya sambil tidak menafikan penjualan mereka sebelum jendela perpindahan berakhir.
Bale dan James hangat dikaitkan dengan perpindahan keluar tetapi setakat ini, usaha itu tidak berhasil.
James menjadi buruan Napoli dan Atletico Madrid selepas dua tahun dipinjamkan ke Bayern Munich manakala Bale hampir menyertai pasukan Liga Super China, Jiangsu Suning, bulan lalu sebelum perpindahan itu terbatal.
Pemain Colombia berkenaan tidak pernah diturunkan walaupun sekali sepanjang kempan pramusim sementara Bale pula terlepas tiga perlawanan lalu sebelum muncul sebagai pemain gantian ketika mereka tunduk 4-5 kepada Roma dalam penentuan penalti, awal pagi tadi, selepas masa sebenar permainan berakhir 2-2.
Zidane bertegas bahawa kedua-dua pemain tersebut boleh menganggap diri mereka sebagai sebahagian daripada skuadnya, namun dia menawarkan sedikit perkembangan mengenai masa depan mereka.
"James dan Bale merupakan sebahagian daripada skuad ini," kata Zidane kepada wartawan selepas perlawanan di Roma itu. "Nama mereka berdua telah didaftarkan tetapi apa-apa sahaja boleh berlaku dan saya, sebagai pengurus Real Madrid, harus bergantung harap kepada mereka.
"Saya menaruh 100 peratus harapan kepada mereka. James tidak menyertai skuad baru-baru ini tetapi keadaan ini boleh berubah. Selagi jendela perpindahan belum ditutup, apa-apa pun boleh berlaku."
Walaupun musim baru di Sepanyol bakal bermula hujung minggu depan, jendela perpindahan akan dibuka hingga 2 September, justeru Madrid masih mempunyai banyak masa untuk membawa masuk muka baru.
Neymar dan Paul Pogba merupakan dua pemain yang sering dikaitkan dengan kelab itu tetapi Zidane tidak bersemangat untuk melayan spekulasi berkenaan.
Apabila ditanya mengenai Pogba dan Neymar, Zidane berkata: "Saya hanya memikirkan mengenai pemain yang ada. Fikiran kami hanya tertumpu kepada aksi hari Sabtu ini (menentang Celta Vigo)."