Zinedine Zidane sedang memikirkan kebarangkalian untuk membawa Eden Hazard ke Real Madrid setelah mengesahkan gergasi Sepanyol itu mahu memperkuatkan jentera serangan
selepas tamat musim ini.
Keterujaan penghujung musim tidak kelihatan di Santiago Bernabeu kali ini apabila menamatkan saingan di tempat ketiga dalam LaLiga sementara dominasi Los Blancos di pentas Liga Juara-Juara (UCL) sudah berakhir.
Zidane kembali membimbing pasukan dan mahu membentuk semula skuadnya selepas ketiadaan Cristiano Ronaldo memberikan nasib malang kepada Julen Lopetegui dan Santiago Solari selaku pengurus sebelumnya.
Gareth Bale turut dijangka akan meninggalkan pasukan tetapi Zidane sekali lagi enggan membicarakan tentang masa depan pemain kebangsaan Wales itu.
Dalam ketiadaan Karim Benzema yang mengalami kecederaan, pengurus itu memberikan peluang kepada Bale membuktikan kebolehannya berdepan Rayo Vallecano, hari ini.
"Bale gembira beraksi di bawah pimpinan saya kerana diberikan peluang.
"Dia sebahagian daripada skuad ini dan akan terus beraksi hingga penghujung musim ini," jelasnya.
Bintang Chelsea, Hazard, kerap dikaitkan dengan perpindahan menyertai Real dan dilihat sebagai pengganti Bale.
Ditanya sama ada Bale dan Hazard mampu beraksi bersama, Zidane mengingatkan semula pengalamannya ketika beraksi bersama Youri Djorkaeff yang menjadi inspirasi kepada kejayaan Perancis menjuarai Piala Dunia 1998 dan Euro 2000.
"Setiap pemain yang berkualiti boleh beraksi bersama. Ramai yang menjangkakan saya tidak boleh bergandingan dengan Djorkaeff. Masih ingat lagi?"
“Saya tahu apa yang perlu dilakukan untuk musim depan. Buat masa ini, Real perlu menempuhi empat lagi perlawanan."