Zinedine Zidane menekankan kepentingan Keylor Navas buat Real Madrid ketika meraih kemenangan 4-1 dalam aksi LaLiga ke atas Sevilla, awal pagi tadi.
Pemain kebangsaan Costa Rica itu menerima kritikan pada musim ini dan terdapat spekulasi bahawa Real bakal mendapatkan penjaga gol Manchester United, David de Gea.
Namun, Navas telah menonjolkan kemampuannya ketika bertemu Sevilla, dengan berjaya menidakkan beberapa percubaan sebagai bukti dia mampu menggalas tanggungjawab sebagai penjaga gol nombor satu Los Blancos.
"Navas adalah pemain utama pasukan ini," kata Zidane.
"Ia merupakan kemenangan yang berhak diraih. Kami memulakan perlawanan dengan baik dan Navas mempamerkan persembahan yang mantap."
Kemenangan ini meletakkan Real semakin hampir menjuarai gelaran LaLiga, dengan hanya memerlukan empat mata dalam dua perlawanan terakhir berdepan Celta de Vigo dan Malaga.
"Sukar untuk menjuarai LaLiga.
"Setiap hari kami semakin hampir dan dua lagi perlawanan yang perlu berakhir dengan keputusan kemenangan. Kami akan cuba mengulangi momentum ini ketika berdepan Celta."