Penjaga gol PKNS FC, Zarif Irfan, tekad untuk mengekalkan statusnya sebagai penjaga gol nombor satu The Red Ants sehingga akhir musim ini setelah lebih kerap memanaskan badan di bangku pemain simpanan dalam pentas Liga Malaysia.
Zarif yang memulakan karier bersama PJ Rangers -- dahulunya dikenali sebagai Air Asia FC -- mula beraksi dalam liga utama Malaysia bersama pasukan Selangor pada 2016.
Menghabiskan masa selama dua tahun bersama Gergasi Merah Kuning, pemain kelahiran Jitra, Kedah ini bagaimanapun hanya mampu meraih satu penampilan pada musim terakhir tahun lalu.
Begitupun, penghijrahannya ke PKNS FC musim ini membuka peluangnya untuk beraksi dan kini bertindak selaku penjaga gol utama sejak aksi Liga Super menentang Terengganu FC (TFC), Jlai lalu.
"Peluang yang diberikan jurulatih harus digunakan dengan sebaik mungkin," kata Zarif.
Ketangkasan Zarif di benteng akhir ketika hujung saingan Liga Super turut membantu pasukannya menamatkan saingan dalam kedudukan ketiga terbaik musim ini.
Namun, dia mengakui tidak berpuas hati dengan prestasinya dalam kempen Piala Malaysia apabila sudah dibolosi sembilan gol daripada lima perlawanan peringkat kumpulan.
"Bagi saya, sembilan gol dalam lima perlawanan adalah kurang baik. Saya akan perbaiki dalam aksi akan datang."