Penyerang Lang Merah, Zaquan Adha Abd Radzak, mahu penantiannya selama lapan tahun beraksi di pentas final Liga Malaysia (Liga-M) berbaloi dengan memastikan kejuaraan Piala FA menjadi milik mereka musim ini.
"Sudah tentu saya mengidamkan untuk membawa pulang piala ke Kedah.
"Ini tahun pertama saya bersama Kedah. Pencapaian ini adalah satu penghormatan dan hadiah buat pengurusan dan penyokong Kedah.
"Suasana perlawanan final pasti berbeza dengan perlawanan-perlawanan biasa, jadi saya harap pasukan dan rakan-rakan dapat berikan komitmen terbaik," katanya.
Kali terakhir penyerang itu beraksi dalam final saingan domestik adalah pada 2009, iaitu ketika membantu Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia.
"Saya tidak gugup kerana pernah beraksi dalam final.
"Sebaliknya, kami amat bersemangat dan tidak sabar-sabar lagi untuk turun beraksi dalam final yang akan disaksikan ramai penyokong," katanya lagi.