Skip to main content

Bola Sepak

Zappacosta dedahkan minat Inter

davidezappacosta-cropped_z1kwtwh5enst116pak3hp8tmg_1.jpg
Davide Zappacosta mengakui tidak mustahil dia akan kembali ke Itali untuk mendapatkan jaminan skuad utama, kurang setahun selepas melengkapkan penampilan impian bersama Chelsea.

Pertahanan berusia 26 tahun itu hanya mencatat 12 penampilan liga di bawah kendalian Antonio Conte musim lalu selepas melengkapkan perpindahan bernilai GBP23 juta (RM121 juta) daripada Torino dan sekadar memanaskan bangku simpanan dalam tiga aksi musim ini.

Jelas sekali Zappacosta menjadi pilihan kedua di posisi bek kanan setelah Cesar Azpilicueta menjadi pilihan pengendali, Maurizio Sarri, dan bekas tonggak Torino serta Atalanta itu menjelaskan dia sentiasa terbuka dengan perpindahan kembali ke negaranya.

"Adakah saya akan kembali ke Itali? Ya, Inter Milan menunjukkan minat terhadap saya," katanya.

"Ejen saya, Alessandro Lucci, memberitahu tentang minat mereka walaupun fokus saya tetap kekal bersama Chelsea."

Zappacosta menjaringkan gol dalam penampilan penuh di Stamford Bridge pada September lalu apabila membantu pasukannya mencatat kemenangan 6-0 ke atas Qarabag dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah.

Selepas aksi itu, dia melabelkan detik itu sebagai malam terbaik dalam kariernya tetapi kurang 12 bulan daripada tempoh itu, Zappacosta tidak menafikan dia akan kembali ke Itali.

"Adakah saya akan kembali pada Januari? Saya masih memiliki tiga tahun dalam kontrak dan hanya mahu tampil bagus bersama Chelsea.

"Banyak persaingan di sini tetapi saya mahu merebut tempat dalam kesebelasan utama.

"Namun, jelas sekali jika saya tidak mendapat tempat, saya tidak rasa ada pemain yang sukakannya."
 

Advertisement

Must Watch Video