Pulau Pinang berkemungkinan terpaksa melepaskan pertahanan import, Reinaldo Lobo, jika pemain itu perlu berehat panjang selepas menjalani pembedahan paha, Selasa lalu.
Malah, perkara itu membuatkan jurulatih, Zainal Abidin Hassan, kini berdepan dilema baru apabila pertahanan import dari Brazil itu difahamkan bakal berehat selama tiga bulan.
Zainal membuat keputusan mengenai perkara itu selepas mengadakan perbincangan dengan pakar perubatan dan pengurusan, termasuk cadangan mengambil pertahanan import baru.
"Atas nasihat doktor, kemungkinan kami terpaksa mencari seorang lagi pemain import sebagai pengganti," katanya.
Dalam masa sama, Zainal melahirkan keyakinan mereka masih mampu kekal beraksi dalam Liga Super musim depan biarpun ketinggalan lima mata daripada zon selamat.
Pengambilan dua penyerang import baru dijangka mampu memulihkan ketumpulan jentera serangan yang dialami Pulau Pinang selama ini.
"Sembilan perlawanan yang tinggal pastinya satu tugasan yang berat, namun itu sasaran kami, untuk mengekalkan tempat dalam saingan Liga Super musim musim depan," tambahnya.
Antara pemain import lain yang memperkuatkan pasukan itu ialah Nigel Dabingyaba dari Papua New Guinea.