Zainal Abidin Hassan memuji persembahan pemain Melaka ketika merakam kemenangan 3-2 ke atas Perak di Ipoh, semalam.
Bagi ketua jurulatih itu, semangat skuad Hang Tuah yang tidak mudah menyerah adalah faktor yang membantu kejayaan mereka.
"Pemain berjuang hingga ke wisel penamat untuk membolehkan kejayaan ini.
"Saya berharap mereka mampu meneruskan momentum ini dalam perlawanan mendatang," kata Zainal lagi.
"Saya berpuas hati dengan keputusan tetapi banyak lagi yang perlu dilakukan.
"Separuh masa kedua apabila Perak menjaringkan gol penyamaan, kami terus mengatur serangan-serangan bahaya dan nampak berlainan daripada perlawanan-perlawanan sebelum ini.
"Di saat-saat akhir, nampak ada sedikit isu kecergasan dan keserasian apabila bermain di bawah tekanan terhadap pemain-pemain baru.
"Bagaimanapun mereka telah menunjukkan disiplin bertahan berpasukan dengan baik dan itu menjadi faktor kejayaan kami," katanya.
Selain itu pengendali itu turut memuji persembahan dua awang import baru pasukan itu, N’Guessan Davy Claude Angan dan Dominic Balic tetapi berkata mereka masih memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan bola sepak Malaysia.
"Mereka baru sahaja sampai (di Malaysia) beberapa hari dan sedang menyesuaikan diri dengan keadaan dan juga cuaca.
"Dapat diperhatikan mereka terjejas dengan perkara ini di saat-saat akhir,” tambah Zainal.
Dalam perlawanan semalam , dua jaringan Patrick Reichelt dan Nazrin Nawi membantu kejayaan Melaka manakala gol Perak pula dijaringkan oleh Brendan Gan dan J. Partiban.