Jurulatih Melaka, Zainal Abidin Hassan, akhirnya membuka mulut isu ketiadaan pemain import kontroversi, Liridon Krasniqi, yang tidak lagi bersama pasukan, malah kekosongan itu bakal diisi Luka Milunovic.
Liridon yang kononnya berhadapan masalah kecederaan gagal pulang ke Malaysia mengikut tarikh yang sepatutnya.
Dia difahamkan menjalani rawatan perubatan di Jerman, namun sehingga ke saat ini, kelibatnya belum kembali melapor diri kepada Melaka.
Hal itu memaksa Melaka mengambil tindakan drastik dengan menggantikan posisi Liridon dengan pemain kelahiran Yugoslavia, Milonovic, yang akan buat penampilan malam ini.
"Liridon tidak dapat kembali dalam tempoh yang ditetapkan selepas menjalani proses pemulihan dan kelab telah mengambil keputusan untuk menggantikannya dengan pemain import lain," kata Zainal.
Menjelang aksi berdepan Selangor, kekalahan tempoh hari benar-benar mengajar skuad kendalian Zainal.
Malah, pengendali itu menjangkakan situasi sukar mampu berulang andai pemainnya gagal memanfaatkan peluang yang ada ketika mereka turun ke Stadium Shah Alam selaku pasukan pelawat.
"Saya berharap kami tidak mengulangi kesilapan ketika beraksi di Melaka apabila bertemu Selangor di Shah Alam," tambahnya.