Ketua jurulatih Penang FC, Zainal Abidin Hassan, menolak tanggapan bahawa pasukannya bernasib baik tidak menjadi mangsa belasahan Johoir Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi Liga Super di Stadium Bandaraya semalam.
Biarpun JDT tidak dapat menurunkan barisan terbaiknya ketika meraih kemenangan 1-0 itu, Zainal Abidin menegaskan bahawa barisan pemainnya sudah membuktikan bahawa mereka mampu memberikan tentangan buat pasukan pendahulu liga itu sepanjang 90 minit perlawanan.
JDT -- yang turun tanpa penyerang utama, Bergson da Silva, akibat kecederaan -- berhasil menemui jaringan tunggal melalui tandukan Fernando Rodriguez pada minit ke-69.
Harimau Selatan juga beraksi tanpa ketua jurulatih, Benjamin Mora, yang masih dalam tempoh kuarantin, tetapi bagi Zainal Abidin, pasukannya telah memberikan aksi terbaik walaupun turun tanpa tiga pemain tonggak, iaitu Endrick dos Santos, Rafael Vitor dan Sukri Hamid.
"Saya tahu tiga pemain utama kami tidak dapat beraksi malam ini dan kami paling terasa (kehilangan mereka) pada saat-saat akhir, terutama dengan ketiadaan Vitor," katanya dalam sidang media seperti yang dipetik Nadi Arena.
"Perancangan telah disiapkan tanpa Vitor dan pemain yang menggantikannya telah beraksi dengan amat baik.
"Inilah yang membuatkan saya berbangga kerana setiap pemain bersedia untuk diturunkan," katanya.

JDT kukuh cengkaman di puncak Liga Super, KL City bangkit ikat Selangor | Stadium Astro https://t.co/oMk64Txzrp
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) July 20, 2022