Skip to main content

Bola Sepak

Zaha sedia beri komitmen bersama The Eagles

wilfried-zaha.jpg
Wilfried Zaha menegaskan dia sedia memberikan komitmen penuh bersama Crystal Palace selepas perbincangan mengenai kontrak lanjutan masih lagi diteruskan.

Pemain berusia 25 tahun itu paling menyerlah buat The Eagles ketika mereka berjuang untuk mengelak daripada penyingkiran musim lalu di samping menjaringkan gol kedua pasukan ketika merakamkan kemenangan 2-0 ke atas Fulham.

Zaha telah dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea sebelum ini tetapi masih terdapat keraguan terhadap masa depannya bersama kelab walaupun telah memeterai kontrak jangka panjang pada Mei lalu.

Bagaimanapun, bekas pemain Manchester United itu berjanji tumpuannya tidak terganggu manakala perbincangan mengenai kontrak baru masih lagi diteruskan.

"Ia tidak mengganggu saya kerana saya memberikan tumpuan dalam setiap perlawanan," katanya.

"Saya kini bersama kelab ini dan saya mahu memastikan objektif kelab ini dapat dicapai.

"Kami masih lagi berbincang mengenai kontrak baru. Kami berharap untuk mencapai persetujuan dalam masa terdekat.

"Perkara paling utama buat saya adalah menjaringkan gol," ujarnya.

Advertisement

Must Watch Video