Bintang Crystal Palace, Wilfried Zaha, menandatangani kontrak lanjutan selama lima tahun bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.
Zaha, 24, dikaitkan dengan Tottenham Hotspur sebelum mengambil keputusan untuk kekal di Palace, kelab di mana dia mengasah bakatnya di peringkat remaja sebelum berhijrah ke Manchester United.
Pemain antarabangsa Ivory Coast itu telah membuat 258 penampilan untuk Palace dan berharap kelab itu akan semakin maju, musim depan.
"Palace adalah jiwa saya dan saya berasakan kisah kami belum berakhir. Saya telah berbincang dengan (pengerusi kelab) Steve Parish dan saya berasakan kami masih boleh memberi aksi yang lebih baik buat kelab ini," kata Zaha.
"Penyokong kelab ini sangat hebat dan saya mahu kami memberikan aksi lebih baik berbanding hanya berjuang untuk kekal, musim depan."
Zaha ditabalkan Pemain Terbaik Kelab dalam tempoh dua musim, susulan membantu kelab itu mengekalkan status EPL.