Bekas penyerang Penang FC, Zafuan Azeman, bertegas dengan keputusan turun ke Liga Perdana untuk bersama Kelantan United bagi baki musim ini penting dalam misi menghidupkan semula kerjaya.
Zafuan, antara nama yang membarisi skuad AFC B-19 2017 di samping pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Akhyar Rashid dan Nik Akif Syahiran Nik Mat, yang kini bersama Terengganu, menekankan minit permainan faktor utama mengapa dia sanggup berpindah pasukan berulang kali.
"Apabila saya menyertai Penang, saya hanya beraksi selama 48 minit dalam sembilan perlawanan. Saya mahu maju ke hadapan tetapi saya mengambil keputusan untuk berhijrah ke Kelantan United bagi mendapatkan minit permainan," katanya.
"Saya sebenarnya mahu memberikan yang terbaik untuk penyokong serta diri sendiri. Ia adalah langkah bagi mendapatkan sentuhan terbaik bagi meneruskan karier saya."
Sementara itu, bekas pemain kebangsaan, Shafiq Shaharudin memilih untuk menyarung jersi Kuala Kangsar yang beraksi dalam Liga M3.
Penyerang berusia 27 tahun itu mengikat kontrak secara pinjaman dari pasukan Kuching City dan berharap penghijrahan kali ini mampu melonjakkan kembali kariernya sepertimana yang pernah dikecapi satu ketika dulu.
Biarpun pernah mencapai puncak prestasi sehingga dipanggil menyarung jersi Harimau Malaya, penyerang kelahiran Johor itu tidak melihat Liga M3 sebagai penamat karier.