Penyerang skuad bawah 19 tahun negara, Zafuan Azeman, meluahkan rasa kecewa ekoran kekurangan aksi musim ini bersama Kedah yang boleh menjejaskan rentaknya bersama pasukan kebangsaan, terutama dalam soal kecergasan.
Seperti ada yang tidak kena di antara Zafuan dan Kedah kerana dia bukan sahaja jarang diturunkan bersama pasukan Liga Super, namun tidak dipanggil beraksi dalam skuad Piala Presiden atau Piala Belia.
Situasi itu memberi kesan besar kepada prestasi Zafuan yang tampak bergelut mencari sentuhan, sama ketika bersama Perlis, musim lalu.
"Pertama sekali, macam tahun lepas, saya beraksi untuk Perlis dan selalu bermain. Kini, walaupun melalui latihan keras, jika jarang beraksi, prestasi akan menurun dan ia akan memberikan kesan kepada corak permainan," katanya.
Dalam masa sama, Zafuan berharap agar tiga aksi persahabatan di Muscat, Oman awal bulan ini mampu memulihkan keyakinannya untuk mendapatkan sentuhan di atas padang.
Bagi Zafuan, itu peluang keemasan buat dirinya untuk menikmati aksi bola sepak tatkala Kejohanan AFC hanya akan berlangsung kurang dua bulan lagi.
"Semestinya kami mahu menang dalam setiap perlawanan untuk mengekalkan prestasi pemain-pemain.
"Kami akan lakukan yang terbaik," tambahnya.