Pablo Zabaleta akan kekal di West Ham sehingga 2020 selepas kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mengaktifkan pilihan untuk melanjutkan kontraknya selama setahun lagi.
Bekas pemain Argentina berusia 34 tahun itu merupakan nadi The Hammers sejak berpindah daripada Manchester City secara percuma pada Jun 2017.
Dia muncul dalam 23 perlawanan liga musim ini dan hanya sekali terlepas kesebelasan utama serta dianggap watak penting oleh pengurus, Manuel Pellegrini.
Juara EPL sebanyak dua kali itu sempat empat kali mengetuai West Ham musim ini dan dia menyatakan kepuasannya untuk kekal berjuang di samping skuad kendalian Pellegrini itu untuk tempoh setahun lagi.
"Ini satu berita bagus dan saya sangat gembira," kata Zabaleta kepada laman sesawang rasmi kelab itu.
"Saya menikmati karier saya di West Ham dan saya sangat menghormatinya dan bersemangat. Saya masih berasakannya dan ia mendorong saya untuk melanjutkan kontrak selama setahun lagi.
"Saya hanya mahu memberikan tumpuan kepada apa sedang yang kami lakukan musim ini dan kami akan bersedia untuk berjuang lagi pada musim depan kerana saya hanya ingin menikmati setiap saat permainan."