Ketua jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah, mengakui pasukannya perlukan keajaiban untuk mengharungi tiga perlawanan dalam bulan Ramadan ini akibat kecederaan beberapa pemain utamanya.
Keputusan seri dengan Sarawak minggu lalu memberi isyarat skuad The Red Warriors (TRW) perlu bekerja lebih keras untuk keluar daripada tangga tercorot Liga Perdana musim ini.
"Sudah tentu saya perlukan lebih daripada keajaiban untuk mengharungi aksi mencabar dalam bulan puasa.
"Macam saya beritahu tadi, kena telan Panadol dan kalau tak cukup, kena ambil ubat tahan sakit.
"Nik Akif Syahiran (Nik Mat) mengalami kecederaan semasa menentang Negeri Sembilan. Saya rasa dia terpaksa berehat hampir sebulan.
"David (Rowley) mengadu kesakitan dan dikeluarkan dalam aksi menentang Sarawak. Dia juga terpaksa direhatkan.
"Kapten, Cassio De Jesus, sudah lama tidak beraksi akibat kecederaan pangkal paha.
"Semua ini berlaku ketika pasukan akan menghadapi tiga aksi di gelanggang lawan sepanjang Ramadan ini. Tahun lepas, kami gagal mengutip sebarang mata," katanya
Selain berdepan masalah kecederaan pemain utama, Kelantan juga dikenakan sekatan daripada mendaftar pemain import baru oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) baru-baru ini.
"Cuba bayangkan, dengan pasukan sedia ada dan kami dibenarkan mengambil pemain import (4 orang), sudah pasti kami dapat bersaing dengan pasukan yang berada di tangga kelapan. Kami cuma dipisahkan dengan dua mata sahaja," katanya.
Mengulas isu perancang tengah kelahiran Brazil, Flavio Beck Junior, yang bakal meninggalkan TRW, Yusri enggan memberi sebarang komen, sebaliknya jika berlaku pasti memberi tamparan hebat kepada prestasi skuadnya.
"Itu saya tidak dapat komen lebih, kena tanya Flavio. Seandainya benar, maka satu lagi masalah akan menimpa. Saya ketandusan pemain untuk beraksi selepas ini. Itu yang saya fikirkan hari ni, mungkin terpaksa telan banyak Panadol," katanya.
Untuk rekod, TRW akan menghadapi Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Terengganu FC II dalam saingan Liga Perdana sepanjang Ramadan ini.