Kelantan tetap merendah diri biarpun mengetahui Kedah akan turun tanpa empat tonggak utama dalam saingan pembukaan Kumpulan C, Piala Malaysia di Stadium Darulaman, malam ini.
Menurut pemangku ketua jurulatih The Red Warriors (TRW), Yusri Che Lah, skuad Lang Merah kendalian Nidzam Adha Yusof itu yang kehilangan khidmat Baddrol Bakhtiar, Akhyar Rashid, Mohd Rizal Ghazali dan penjaga gol, Mohd Ifwat Akmal Che Kassim, tetap menjadi pilihan berdasarkan kualiti pemain yang bakal diturunkan.
Tetapi, dalam masa yang sama, dia tetap mengharapkan pemain mudanya terus berjuang mencipta kejutan.
"Kami tahu biarpun Kedah tanpa empat pemain utama, mereka masih di depan berdasarkan kualiti dan pengalaman pemain yang dimiliki.
"Saya mengharapkan semua pemain (terutama pemain muda) bersedia menggunakan peluang kali pertama beraksi dalam kancah Piala Malaysia sebaik mungkin untuk mencuri mata di gelanggang lawan," katanya.
Ditanya kesebelasan utama yang bakal diturunkan, Yusri jelas mahu mengekalkan skuad yang mencipta kemenangan 2-1 ke atas Pahang dalam aksi terakhir Liga Super sambil mengharapkan benteng pertahanannya sentiasa fokus dalam menghadapi asakan penyerang Kedah.
"Alhamdulilah, perancangan kami berjalan lancar biarpun penjaga gol utama, Mohd Shahrizan Ismail, masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan.
"Kami juga kehilangan pemain tengah berbakat, Nik Akif Syahiran Nik Mat, yang dipanggil menjalani latihan skuad bawah 23 tahun kebangsaan sebagai persediaan menghadapi Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, minggu depan.
"Namun, ketiadaannya tidak membimbangkan kerana pengganti, Muhammad Danial Haqim Draman, mampu beraksi dengan baik," katanya.
Yusri, yang juga bekas pengendali Felcra FC, memberikan khabar gembira kepada penyokong TRW apabila mengesahkan pemain import dari Kyrgyzstan, Bakhtiyar Duyshobekov, akan bersama-sama Kelantan mengharungi kempen Piala Malaysia.
"Setakat hari ini, dia (Duyshobekov) kekal bersama Kelantan. Selepas aksi terakhir menentang Pahang, dia memaklumkan ingin meneruskan bakti bersama TRW kerana tahu, kami kehilangan Nik Akif Syahiran.
"Dia telah menolak permintaan negaranya untuk beraksi dalam Sukan Asia, sebaliknya memberi komitmen bersama Kelantan. Saya amat hargai apa yang dia lakukan untuk pasukan," katanya.