Ketua jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah, mengakui The Red Warriors (TRW) melepaskan peluang terbaik keluar daripada tangga tercorot apabila terikat seri tanpa jaringan dengan Sarawak dalam pertemuan Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.
Yusri berkata keputusan seri itu menyebabkan Kelantan gagal merapatkan jurang mata dengan pasukan dalam kelompok atas liga dan lebih getir, mereka belum selamat kerana masih berada dalam zon penyingkiran.
"Saya terima keputusan ini walaupun kami semakin jauh ditinggalkan. Biarpun mendapat mata tapi bagi saya, Kelantan tetap gagal kerana kami perlukan tiga mata untuk mencabar kelompok atas liga.
"Namun, apa yang berlaku malam tadi setidak-tidaknya kami tidak tewas kerana itu yang lebih mustahak.
"Satu lagi perkara positif yang boleh diambil daripada aksi tersebut, inilah kali pertama kami tidak dibolosi dalam musim ini," katanya.
Yusri juga mengakui terpaksa merombak jentera serangan TRW yang diketuai penyerang veteran, Fauzi Roslan, dan Mohamad Hakimi Abdullah dalam babak kedua untuk memburu jaringan.
"Jelas, dalam aksi separuh masa pertama, hanya cubaan Hakimi (Abdullah) yang terkena palang.
"Dalam babak kedua, saya terpaksa memasukkan Mohd Amirul Shafik (Che Soh) dan Nik Azli (Nik Alias) kerana kami dalam keadaan tertekan selepas Sarawak menyerang bertali arus.
"Kemasukan mereka mengubah permainan dan macam Mohd Amirul Shafik, ini pertama kali dia bermain lebih 20 minit. Saya lihat masa depan dia agak cerah jika diberi lebih banyak minit beraksi," katanya.
Keputusan seri malam tadi menyaksikan Kelantan terus berada di tangga tercorot liga dengan lapan mata manakala Sarawak kekal di tempat ke-10 dengan sembilan mata daripada 11 perlawanan.