Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Yusoff Mahadi, menyuarakan rasa kesal terhadap Pahang yang terus enggan melepaskan dua pemainnya sehingga hari terakhir sesi latihan skuad B-23 negara yang akan berlepas ke China, esok.
Seperti dijangka, Nor Azam Azih dan Matthew Davies terus gagal melaporkan diri pada hari ketiga latihan di Wisma FAM.
Yusoff, yang juga pengurus pasukan, tidak tahu apakah punca Pahang sanggup bertindak demikian yang dilihat bukan sahaja mementingkan diri sendiri tetapi kerugian buat negara.
Malah, beliau masih bersikap diplomasi apabila masih membuka pintu jika kedua-dua pemain terbabit mahu bersama pasukan selepas skuad B-23 menjalani perlawanan persahabatan di China.
"Kami sudah mendengar alasan ini saban kali mengenai pasukan yang enggan melepaskan pemain," kata Yusoff.
Sementara itu, ketua jurulatih, Datuk Ong Kim Swee, terus meratapi kehilangan pemain apabila yang terbaru, Jafri Firdaus Chew digugurkan kerana masalah hamstring.
Selain Shahrul Saad yang tidak boleh dipanggil bagi mengisi slot pemain senior kerana masalah kecederaan, Kim Swee juga terpaksa merelakan pemergian Hadi Fayyadh Abdul Razak ke Jepun bagi menjalani pemilihan bersama kelab divisyen dua Jepun, Roasso Kumamoto.
"Terdapat beberapa pemain yang tidak dapat bersama pasukan ekoran kecederaan dan kami tidak dapat menambah pemain di luar daripada senarai yang telah dikeluarkan," kata Kim Swee.