Ashley Young berjanji Manchester United akan memberikan respons bagi merencatkan impian Manchester City untuk meraih kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini menjelang 'derby' Manchester di Old Trafford, awal pagi Khamis ini.
United memaparkan aksi terburuk musim ini ketika dibelasah 0-4 oleh Everton kelmarin dengan skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu kini tewas enam daripada lapan perlawanan terakhir dalam kesemua kejohanan.
The Red Devils kini ketinggalan dua mata dari kelompok empat teratas dengan hanya berbaki empat perlawanan musim ini.
Namun, aksi di Old Trafford itu memberikan peluang untuk United menggugat peluang City untuk mempertahankan kejuaraan di samping menghidupkan kembali peluang mereka untuk ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.
Solskjaer dan penjaga gol, David De Gea, memohon maaf kepada penyokong United berkenaan aksi buruk yang dipaparkan di Goodison Park kelmarin -- kekalahan kelima berturut-turut di gelanggang lawan dalam semua kejohanan -- dan Young mengikuti langkah itu dengan berjanji akan memperbaiki keadaan ketika berdepan City.
"Kami perlu memohon maaf kepada penyokong dan kami akan berdepan satu lagi kesukaran dalam 'derby' Manchester, Rabu ini (awal pagi Khamis)," kata Young kepada MUTV.
"Kami sedar kepentingan perlawanan itu.
"Jika anda tidak bersedia untuk menghadapi 'derby' Manchester, pasti ada sesuatu yang tidak kena.
"Saya amat berkeyakinan yang kami sudah bersedia untuk melalui perlawanan itu.
"Ia hari yang mengecewakan hari ini (Ahad lalu), namun kami akan melupakannya secepat mungkin dan bersedia untuk memperbaikinya minggu ini," katanya.
United seterusnya akan melayani kunjungan Chelsea, Ahad ini, sebelum menghadapi dua pasukan dalam kelompok bawahan liga, Huddersfield Town dan Cardiff City.
"Ia empat perlawanan, empat perlawanan yang mampu dimenangi.
"Jika anda katakan pada Oktober lalu yang kami akan menduduki posisi ini, kami akan menerimanya.
"Namun, bagi kelab seperti Manchester United, kami perlu melihat kepada kedudukan yang lebih baik dalam liga.
"Kami masih memiliki empat perlawanan, jadi kami masih berpeluang untuk meraih empat kemenangan.
"Ia pasti sukar, namun saya pasti kami akan melakukannya.
"Ketika kami ketinggalan 0-4, penyokong masih menyanyi.
"Mereka amat hebat dan kami perlu memberikan aksi terbaik Rabu ini," tambahnya.